Wednesday 25 December 2013

Kaabah Rumah Allah Tapi Kenapa Banjir?

 Assalamualaikum sahabat,sihat?

Mesti tajuk diatas sedang bermain-main difikiran semua kan?
Tak pe jangan risau soalan tersebut akan dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus.
(Gambar banjir di yang terkena Kaabah)

Jom dengar penjelasan UAI!!



Dah dengar dah??Bagus lah kalau dah dengar.
Semoga ini membantu anda untuk merungkai segala kemusykilan agama anda :)

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').

Wajib kita semua umat islam menuntut ilmu agama.



Monday 16 December 2013

Menang Hadiah Dari Shell RM20,000,wohh..

Assalamualaikum.

Pagi tadi Mak aku terima satu SMS konon nya dari shell,dia kata
mak aku menang hadiah bernilai RM20,000.Dia tunjuk lah dekat aku,
aku agak nih penipu nih.Mak aku kata jangan layan,buang masa je.
Akibat sifat ingin tahu dan mengacau aku nih aku call la no.phone yang dia suruh
call tuh ini perbualan aku dengan pihak shell jual minyak cap kapak tuh.Suara ala-ala indon sikit.

(Mesej yg mak aku terima)


Aku : Hello nih pihak shell ke?
Si penipu : Selamat pagi,ye ini pihak shell ada apa ye?

Aku : owh ye ke,ini saya nak tanya betul ke saya menang Rm 20,000
(masa tuh aku dengar suara lelaki lain menyampuk "woih" pastu terdiam seketika)
Si penipu : ye betul boleh saya tahu bila awak terima mesej nih.


Aku : pagi tadi la
Si penipu : okay nanti awak boleh ambil duit nih dalam akaun bank awak sebelum tuh boleh saya mintak no akaun dan telefon awak x?

(Dalam hati aku dah agak memang dia penipu,tak kan lah menang 20,000 masuk dalam akaun bank jer)
Aku : ok no phone saya 014 tekan tekan x dapat
Si penipu : jangan la main2
(aku letak terus)

Tak guna betul,bahaya dah sekarang nih,jadi berhati hati la dengan penipuan nih,
tengoklah yang mesej mak saya terima tuh "Your card telah berjaya" bahasa melayu apa nih!!
Sapa penah kena,cuba kongsikan pengalaman anda sikit.

-senyum bro

Sunday 15 December 2013

Top Song December

Assalamualaikum,sihat semua??

Mesti ada yang nak tahu top song bagi bulan ini lagu apa kan??
Jangan risau nin dia top song bulan nih.

satu lagi pesanan kalau nak dengar lagu dengarlah nak terlompat ke apa ke lantaklah tapi solat jangan tinggal.
Baiklah jom kita teruskan tengok list top song bulan ini,dari tempat ke-10

10- Let Her Go (Passenger)
*Lagu nih best la jugak gila x best masuk top 10 kut.

9- Hold On, We're Going Home (Drake ft. Majid Jordan)
*Walaupon masuk top 10 tapi serius telinga Faiz sakit.

8- Timber (Pitbull ft Kesha)
*Apa saja lagu pitbull Faiz minat tapi tu lah video dia pulak...

7- Roar (Katy Perry)
*no comment

6-Demons (Imagine Dragons)
*Serius best

5- Wake Me Up (Avicii
*boleh la

4- Counting Star (One Republic)
*Sedap suara vokalis kumpulan dia tapi lagu dia...

3- Wrecking Ball (Miley Cyrus)
*Lagu best tapi video pulak...

2- The Monster (Eminem ft Rihana
*no comment

1- Royals (Lorde)
*macam mana boleh dapat tempat pertama nih..aduhai



Okey dah baca dah list top 10 songs bulan nih dan komen Faiz.
Mungkin Faiz tersilap tulis komen ke apa ke,itu cuma komen Faiz
kan telinga masing berbeza..Hah korang minat lagu apa bulan nih..cer cite sikit..

-senyum bro


Saturday 14 December 2013

Biodata Penulis


Nama : Muhammad Faizal (boley panggil Faiz)
Minuman kegemaran : Milo Ais
Makanan kegemaran : Nasi Goreng Cina
Barangan paling disayangi : Jam tangan
Status : Mestilah single (sebab x nak bercinta lagi rasa buang masa)
Idola : Nabi Muhammad S.A.W,Tun Dr.Mahathir dan Tun Dr.Hasmah 


Lain-lain tentang diri saya :
*Suka lagu rap,pop dan rock
*Suka kacau orang
*Agak kekok bercakap dengan orang yang belum dikenali


-senyum bro

Segmen Terjah Blogger Baru Oleh Abe Mirul

Assalamualaikum sahabat semua.Sihat?

Abe Mirul meh la nengok2.

Macam mana aku boleh terjebak dalam dunia blogging ni,ceritanya bermula
apabila aku mula terjah blog-blog yang boleh dikatakan "Abang Long" dalam dunia blogging.
Masa tuh la aku mula terfikir apersal aku tak buat blog supaya aku dapat share kan apa yang ada dalam hati untuk dijadikan penulisan seperti apa yang dilakukan "Abang Long".

Mula agak stress la bila nak sign up pastu nak "Make up" lagi tapi apabila semua selesai.
Huh tiba-tiba rasa seronok pulak x sio sio den buek.Itu jer kut Abe Mirul,dan satu lagi kau adalah salah seorang "Abang Long" yang dimaksudkan.



-Senyum Bro

Ahli baru dunia blogger.

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Wow!! rupanya inilah dunia blogger seronok juga.
Saya nih baru saja menceburi dunia blogger nih.Jadi bagi senior-senior
kalau ada yang nak tegur saya mungkin dari segi penulisan ke tegur jer.
supaya saya dapat menambah kualiti penulisan saya.
Ini saya punya email dan twitter.

email : mragenda007@gmail.com
twitter: @faizal717

Ok lah mungkin setakat itu jer kot.Sebelum tuh semua boleh panggil saya Faiz ok.


-Senyum Bro :)

Friday 13 December 2013